SINOPSIS:
Tahu tak cerita kapal van der Wijck yang popular tu? Betul ke ia berdasarkan kisah benar? Mesti ada sebab kenapa kapal itu tenggelam, adakah ia disengajakan?Adli menjumpai sekeping peta lama yang menunjukkan lokasi kapal van der Wijck itu tenggelam. Dia dan rakan-rakan ke kampung Eleena di Melaka kerana kakak saudaranya, Merlina Hashim dikatakan mempunyai peta sambungan. Namun, mereka dikejar segerombolan pengganas yang mahu merampas peta tersebut. Berbekalkan buku Hamka di tangan serta semangat setiakawan yang tinggi, Adli, Eleena dan rakan-rakan berusaha menyelamatkan peta harta karun mereka daripada terjatuh ke tangan pengganas.