NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

SITORA HARIMAU JADIAN

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 19 pelawat sedang melihat item ini.
RM 17.90 RM 19.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE RETRO
PENULIS P. RAMLEE
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 207
ISBN 9789670374109
DEFINISI

Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya...

Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!

MENGENAI PENULIS
P. Ramlee terkenal sebagai pengarah, bintang filem, penyanyi, penggubah lagu, pelawak dan pemain sepak raga yang handal.

Ia dilahirkan di Pulau Pinang, bersekolah Melayu di Kampung Jawa, kemudian bersekolah Inggeris di Francis Light School dan Penang Free School.

Sejak kecil lagi ia sudah tertarik kepada muzik, sehingga pelajarannya di sekolah menjadi terganggu. Ia telah ikut berbagai-bagai pasukan pancaragam dan namanya mulai terkenal ketika ia dalam zaman Jepun menyanyikan beberapa lagu Jepun dan Melayu.

Dalam satu pertunjukan tanaman di Bukit Mertajam ia telah ditawarkan datang ke Singapura oleh BS Rajhans yang menjadi pengarah filem Melayu di Malay Film Productions.

Mula-mula P. Ramlee menjadi penyanyi playback di samping menjadi pelakon tambahan dalam berbagai-bagai filem, kemudian ia menjadi penolong pengarah dan akhirnya menjadi antara pengarah Melayu pertama yang mendapat kesempatan penuh. Ia menjadi perintis jalan bagi pemuda-pemuda Melayu yang lain untuk menjadi pengarah filem di studio-studio tempatan.

Boleh dikatakan sebahagian besar cita-cita P. Ramlee sudah tercapai: ia menjadi pelakon Asia yang terbaik dalam filem Anakku Sazali, penggubah muzik Asia terbaik dalam filem Hang Tuah, pengarah filem kelakar yang terbaik dalam Pendekar Bujang Lapok, dalam filemnya Sumpah Orang Minyak pula telah mendapat hadiah filem hitam putih yang terbaik. Kemuncak daripada semua kejayaan ini ialah anugerah bintang A.M.N oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-3 dalam tahun 1963.

Dalam buku kecil ini kami hidangkan semula cerita Sitora Harimau Jadian yang sudah disusun kembali dalam bentuk prosa. Walaupun orang sudah menyaksikan filemnya, tetapi banyak lagi perkara-perkara yang barangkali tidak dapat ditangkap di dalam filem itu akan terdapat dalam buku ini.

Orang jadi-jadian seperti diceritakan oleh P. Ramlee di dalam buku ini, ialah suatu dongeng yang pernah kita dengar dari datuk nenek kita pada suatu masa dahulu.

Agaknya cerita Sitora Harimau Jadian ini pun berpunca dari cerita dongeng itulah. P. Ramlee mencuba menggabungkan dengan ilmu sains seperti yang pernah dicuba oleh pembuat filem-filem Barat dengan Werewolf of London misalnya.

Kami akan berusaha untuk menerbitkan kembali cerita-cerita filem yang serupa ini dari satu masa ke satu masa, tidak sahaja untuk menambahkan bahan-bahan bacaan yang ringan tetapi juga untuk mengekalkan bahan-bahan filem yang pernah diusahakan oleh pengarah-pengarah Melayu sebagai bahan sastera pula.
SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia