NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

SERONOK

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
RM 19.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE MISTERI PENYIASATAN
PENULIS SAAT OMAR
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 318
ISBN 9789670374444
DEFINISI

Bila mengesyaki yang suaminya Bakar, seorang pelakon TV terkenal, mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain, Rozilla mengupah Amirul, seorang penyiasat persendirian, untuk mencari bukti. Apa yang Rozilla tidak tahu ialah Bakar dan Amirul pernah menjadi kenalan rapat sewaktu menuntut di universiti dahulu.

Sementara itu Pak Halim, seorang jiran, meminta bantuan Amirul untuk menyiasat kecenderungan seksualiti anaknya Sazali.

Bakar menjadi mangsa peras ugut apabila dia bertanding untuk jawatan presiden persatuan pelakon. Rozilla terpaksa buat penyamaran gila untuk membantu penyiasatan. Amirul dikejutkan dengan kemunculan orang minyak. Dan sebuah balang kaca berisi objek misteri bakal membuka rahsia besar antara mereka.

Bila kita dapat menemui sahabat dan kekasih yang sejati, dunia akan menjadi SERONOK.

MENGENAI PENULIS
Saat Omar dibesarkan di Teluk Intan. Novel, skrip pentas, cerpen dan esei pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Moka Mocha Inc dan Merpati Jingga. Dua buah koleksi cerpen terbitannya sendiri adalah Alegori Robot Derhaka dan Jalak Lenteng dan Chuchu Dato Merah. Penyanyi kegemarannya adalah Nancy Ajram.
SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia