NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

SANTET

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
RM 21.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE KOMEDI SERAM CINTA
PENULIS SAAT OMAR
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN -
DEFINISI

Dukun Hitam yang sudah bersara kini tinggal di pelusuk kampung, cuba menjauhkan diri dari masyarakat. Dia didatangi seorang perempuan kaya, Mariam, yang mahu mengupahnya mengenakan ilmu hitam dengan membusungkan perut bekas suaminya dengan lintah, satu teknik yang menjadi kepakarannya. 

Kesuntukan wang memaksa Dukun Hitam menuruti kehendak Mariam. Kemudian muncul Boni,  pakar sihir burung, seteru utamanya dalam bidang perdukunan yang cuba membuat perhitungan terakhir. Selain itu Dukun Hitam juga menghadapi ancaman dari Voodoo Man, sekumpulan kartel dadah Mexico dan seekor lintah handal yang diberi nama Timothy Dalton.

Tapi komplikasi utama ialah apabila Dukun Hitam diam-diam jatuh hati pada Mariam...

MENGENAI PENULIS
Saat Omar dibesarkan di Teluk Intan. Novel, skrip pentas, cerpen dan esei pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Moka Mocha Inc dan Merpati Jingga. Dua buah koleksi cerpen terbitannya sendiri adalah Alegori Robot Derhaka dan Jalak Lenteng dan Chuchu Dato Merah. Penyanyi kegemarannya adalah Nancy Ajram.
SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia