NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

RAHSIA VICTORIA

Sila tunggu...

RM 20.00
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE FASLAFAH SATIRA
PENULIS BART AHMAD
PENERBIT SINDIKET SOL-JAH
BIL. HALAMAN -
ISBN -
DEFINISI

Saya syak, feminism mula bertapak di negara ini seawal kaum perempuan mula mengangkat senjata melawan musuh. Mula mula pistol, kemudian senapang.

Kemudian, ada di kalangan mereka yang diangkat ke jawatan menteri. Ini menjadikan mereka semakin kuat. Hari demi hari mereka semakin lantang melaungkan slogan ‘Semua Lelaki Sama – Jahat!’ misalnya. Mujurlah ada Bart Ahmad yang menulis dalam buku Rahsia Victoria ini dan sedikit sebanyak telah membocorkan rahsia pakatan jahat dan bidaah terancang mereka itu.

Ya, kalau ada kuasa - saya akan lantik Bart Ahmad menjawat jawatan Exco Perhubungan Lelaki dalam Sisters in Islam. 
Orang banyak mungkin membenci dan menyukai Bart Ahmad kerana buku ini. Bart Ahmad [dan saya] bukanlah anti feminism atau male chauvinism yang kedua duanya ‘berbau’ seperti sebuah gerakan hak asasi manusia. Kami lain. Kami lebih bersifat mahu ‘safe the male’. Niat kami ikhlas. Watahelman. 

Sepatah kata Bart Ahmad, “The reason ada feminism adalah kerana perempuan tak boleh bersatu, naturally. Jadi, mereka kena create ‘satu benda’ (feminism) untuk membuat mereka percaya yang mereka bersatu. Kita different, walau tanpa persatuan, badan, gerakan, kelab, dan sebagainya - kita memang bersatu, naturally!” 

Akhir kata, apa pun, tanpa perempuan, kita susah nak menangis. Ya, kita (yakni lelaki) perlu menangis juga sekali sekala demi untuk menjaga kesihatan mata. Watahelman.

SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia