Mengisahkan dua gadis dari dua dunia berbeza. Bella si gadis bertudung, selesa menyendiri bersama muzik punk yang sudah sebati lebih sedekad. Rebecca pula si gadis terbiar, memberontak dalam diam. Bersekedudukan dengan si atheist Ronnie iaitu teman lelakinya, Rebecca selesa mengotorkan dirinya sebagai bintang utama filem-filem porno Ronnie.Nasrul muncul secara tiba-tiba dalam hidup Bella, menjadikannya sebagai satu-satunya jejaka yang berjaya merobohkan egois Bella. Di sebalik karakter romantik dan lucu Nasrul, tersembunyi seribu satu rahsia gelap yang sukar dirungkaikan.
Diganggu satu kelibat bertopeng, satu kelibat budak perempuan kecil, mereka menagih darah, isi tubuh, penderaan luar akal waras sesiapa sahaja yang memasuki ruang jerat mereka.