Sinopsis Bapuk: Bukankah Aku Peneman Untuk Kau?
Inspektor Jun Kai memang tegas. Rakan sekerja sendiri pun diberi pengajaran, apatah lagi orang luar. Tak hairanlah dalam menegakkan keadilan, ramai yang jadi tak puas hati, lebih-lebih lagi apabila anak lelakinya yang selalu membuat masalah selalu diberi pengecualian.
Conchita, seorang cross-dresser yang menjadi kegilaan, muncul sewaktu Jun Kai berada di ambang kematian. Bersama tiga lagi rakan mak nyah, mereka temui erti persahabatan dalam senang dan susah.
Tapi semulia mana pun seorang bapuk, mesti ada yang benci. Penemuan mayat bapuk mati dibunuh dalam gulungan karpet mahal menggemparkan IPD tempat Jun Kai berpuluh tahun mencari rezeki.
Siapa kata kalau berbuat baik kita tiada musuh?
Sinopsis: Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta
Han benar, konsep cinta orang dulu dan sekarang memang jauh beza. Siapa Han? Tanyalah Dr. Cinta. Tapi kau terimalah nukilan ini sebagai hadiah untuk untuk kau daripada aku.
Setiap pertemuan akan membuka kisah baru. Apabila putik cinta memekar, segalanya jadi indah. Dinding ego dirobohkan, bermulalah liga cinta juara. Awan pun nampak macam gula-gula kapas.
Tapi tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan. Boleh jadi apabila cinta plateau dicapai, dia merasa bosan. Boleh jadi pertemuan kalian cuma percintaan tangen yang bertemu di satu titik sebelum meneruskan perjalanan berasingan.
Apa pun situasi, kita pasti susah untuk reda bila cinta yang gagal itu dijadikan asbab garis hayat. Ada yang bertahun, tapi ada juga yang cuma ambil masa 7 hari untuk move on. Asalkan kita sedar monster yang kita nampak di cermin itu bukan versi terbaik kita, kita boleh bangkit semula.
Kita mesti merdeka sampai ke bulu-bulunya, sampai kita boleh berkata, "Sayonara, Ex."
Sah untuk tempahan dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2019.
Semua pre order akan diposlajukan pada 2 dan 3 April 2019.