NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

PARANORMAL

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 17 pelawat sedang melihat item ini.
RM 17.90 RM 18.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE SERAM MISTERI AKSI
PENULIS HANI SURAYA
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 286
ISBN 9789670374369
DEFINISI

Anda ada masalah misteri yang ingin diselesaikan? IDBW Investigations sedia membantu (kalau anda sedia membayar).

Syarikat kecil ini mengambil upah menyiasat kes-kes PARANORMAL.

Mereka diketuai Norin, ahli sihir amatur yang agak flirty. Jimmy yang hidupnya terumbang-ambing mahir dengan ilmu shaman puak Navajo. Fairuz pakar sejarah paranormal yang juga merupakan ‘muscle’ kumpulan. Mahmud werewolf yang periang. Manakala Suzana boleh membaca fikiran orang. Mereka turut dibantu Nora, seorang yang obses dengan kimia.

Suatu hari, mereka didatangi Hakim yang ingin mereka menyiasat percubaan bunuh anaknya Maliki yang berumur 3 tahun. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah mereka bakal terjebak dalam suatu konspirasi besar. Persahabatan mereka yang kuat juga bakal bergoncang!

MENGENAI PENULIS
Hani Suraya merupakan seorang ambidextrous berbintang Leo dan dibesarkan di Kajang. Budak lepasan Diploma Teknologi Multimedia ini bekerja secara freelance sebagai video editor dan graphic designer. Juga penggemar permainan video, terutamanya RPGs. Mula menulis cerita- cerita karut di laman blog dan membuat beberapa siri video merepek sekadar suka-suka sejak akil baligh. Paranormal adalah novel pertamanya. Twitter @HaniAmy.
SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia