NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

LICIK

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 16 pelawat sedang melihat item ini.
RM 17.90 RM 18.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE THRILLER KOMEDI AKSI FIKSYEN PENYIASATAN
PENULIS SHAM HASHIM & JULIE ANNE
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 272
ISBN 9789670374093
DEFINISI
Buku yang ditulis oleh Sham Hashim & Julie Anne mengisahkan Fira, dari usia mudah yang telah diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.

Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.

Bersama Sadik sebagai mastermind -- dan juga kekasih -- Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran
MENGENAI PENULIS

Sham Hashim mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Senibina. Selepas bekerja setahun di sebuah firma arkitek swasta, jiwanya tertekan kerana tidak dapat berkarya dalam penulisan. Berhenti kerja dan menyambung pelajarannya di Insititut Kesenian Jakarta dalam jurusan Penulisan Filem. Tidak sempat habis belajar, dia kembali ke Kuala Lumpur dan mulakan kerjayanya sebagai penulis skrip sepenuh masa.

Julie Anne anak kelahiran Kuching, Sarawak. Pernah aktif di alam maya tapi sudah lama tersesat dan belum jumpa jalan pulang. Mempunyai obsesi aneh terhadap Pasha Ungu. Licik ditulis kerana menulis novel adalah satu perkara dalam senarai Things To Do Before I Turn 30 nya. 

SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia