NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

LAUTAN DI HUJUNG LORONG

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 21 pelawat sedang melihat item ini.
RM 22.90 RM 24.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE THRILLER MISTERI FIKSYEN PENYIASATAN
PENULIS NEIL GAIMAN
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 250
ISBN 978-967-0374-52-9
DEFINISI

Terjemahan Bahasa Malaysia pertama untuk penulis bestseller antarabangsa Neil Gaiman

Segala-galanya bermula 40 tahun lalu untuk pencerita kita apabila penyewa bilik rumah keluarganya mencuri kereta mereka dan membunuh diri di dalamnya, mengganggu kuasa purba yang tidak patut diganggu. Makhluk ghaib dari dunia lain terbebas, dan ia akan merampas segala benda milik pencerita kita semata-mata untuk terus kekal hidup: ada kengerian primitif di sini, dan ancaman yang terbebas – di kalangan keluarganya dan daripada kuasa-kuasa yang telah berkumpul untuk memusnahkannya.

Pembelanya hanyalah tiga orang perempuan, yang tinggal di ladang di hujung lorong. Yang paling muda mendakwa yang kolam itiknya ialah sebuah lautan. Yang paling tua pula masih mengingati Big Bang.

MENGENAI PENULIS

Neil Gaiman seorang penulis Inggeris yang lahir di Hampshire, UK, dan kini menetap di Amerika Syarikat berhampiran Minneapolis. Dia mula membaca semasa usia yang muda dan menggelarkan dirinya sebagai “kanak-kanak liar yang membesar di perpustakaan”.

Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan sebelum mula menulis fiksyen dalam pelbagai jenis medium termasuklah cerpen, novel, komik, televisyen, dan filem. Antara karya-karya terkemukanya ialah The Sandman, Stardust, American Gods, Anansi Boys, Coraline, dan The Graveyard Book.

Karyanya juga telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk anugerah Hugo, Nebula, Will Eisner, dan Bram Stoker.

SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia