NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

KASYAF

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 21 pelawat sedang melihat item ini.
RM 22.90 RM 24.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE FIKSYEN AKSI ISLAMIK THRILLER CINTA
PENULIS KHAIRI MOHD
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 424
ISBN 9789670374451
DEFINISI

Demi dendam, Lakhus jadi anjing belaan syaitan. Sebuah kuasa sihir yang tenggelam dalam mitos hampir 200 tahun perlu dia cari dan kembalikan ke Naruka. Kuncinya, seorang gadis berdarah diraja mesti dibunuh saat malam gerhana.

Hasnitah tidak tahu kecantikan parasnya menyimpan kecelakaan yang cukup hitam sehingga dia secara tiba-tiba mengalami rantaian kejadian aneh bermula dengan kematian kakaknya. Kakaknya hidup semula, berkelakuan absurd dan penderitaan Hasnitah selepas itu bermula.

Prof. Zack masih dibayangi kes homisid misteri di Pulau Pinang apabila dia mendapat KASYAF ghaib untuk menyelamatkan seorang gadis. Dia keluar untuk menghalang Lakhus tanpa menyedari komplot dari belakang hijab itu sebenarnya turut mengancam makmal atom miliknya di Agensi Nuklear Malaysia.

Siapakah Lakhus dan mengapa Hasnitah? Zack bakal membuka rahsia paling tragik dalam hidupnya.

MENGENAI PENULIS

Khairi Mohd pernah menuntut di USM Transkrian dan SMA Maahad Muhammadi. Kini bekerja sebagai seorang jurutera, jarang-jarang ke luar negara. Walaupun tidak pernah keluar ke negara jin, dia memang minat bertafakkur tentang alam ghaib menggunakan logik sains. Dia kini tinggal di Damansara Damai bersama isteri dan anak-anak tercinta. 


SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia