NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

KASINO

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 19 pelawat sedang melihat item ini.
RM 16.90 RM 18.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE CINTA THRILLER FIKSYEN SATIRA
PENULIS SAIFULLIZAN TAHIR
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 280
ISBN TIADA
DEFINISI

Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar.  Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.


Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat.  Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri.  Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegah rasuah.

Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa.  Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit.  Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.

MENGENAI PENULIS
Saifullizan Tahir dilahirkan di negeri Johor.  Arkitek landskap yang turut mengendalikan perniagaan pegurusan acara dan latihan di Damansara.  Hasil tulisan beliau yang lain termasuk cerpen, sajak dan esei pernah tersiar di Dewan Budaya, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu.  Penglibatan dalam bidang kesenian termasuk sebagai juri teater untuk Kakiseni Boh Cameronian Awards 2003-2007.  Antara anugerah yang pernah dimenangi adalah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Exxon-Mobil dan Hadiah Sastera Darul Ta'zim.
SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia