NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

JOYLAND

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
Terdapat 17 pelawat sedang melihat item ini.
RM 22.90 RM 24.90
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE THRILLER MISTERI FIKSYEN
PENULIS STEPHEN KING
PENERBIT BUKU FIXI
BIL. HALAMAN 388
ISBN 9789670374536
DEFINISI

Terjemahan Bahasa Malaysia pertama untuk penulis bestseller antarabangsa Stephen King.

Demi mengubati hati yang telah dilukai seorang gadis, Devin Jones, seorang pelajar kolej, membuat keputusan untuk bekerja di Joyland sewaktu cuti musim panas. Namun dugaan yang dihadapinya di sana ternyata lebih dahsyat. Di Joyland, persoalan demi persoalan di luar jangkauan minda menanti Devin: sebuah legasi pembunuhan yang kejam, untung nasib seorang kanak-kanak yang berada di ambang maut, dan sebuah pengajaran tentang realiti hitam kehidupan — serta alam selepas kematian — yang mengubah dunianya buat selama-lamanya.

MENGENAI PENULIS

Stephen King lahir di Maine, Amerika Syarikat, dan merupakan antara penulis seram yang paling terkenal di dunia. Dia telah menulis lebih 50 novel, termasuk beberapa yang menggunakan nama samaran, sejak novel pertamanya Carrie (1973).  

Karyanya yang turut telah diadaptasi kepada filem termasuk The Shining, The Shawshank Redemption, The Green Mile, Misery dan Stand By Me. Dia juga telah menerbitkan beberapa buku bukan-fiksyen, siri fantasi The Dark Tower dan lebih 200 cerpen.

Peminat tegar pasukan besbol Boston Red Sox ini masih menetap di Maine bersama isterinya, novelis Tabitha King. 

SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia