NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

INVASI- KOMIK

Sila tunggu...

Harap Maaf, item ini tidak tersedia untuk jualan.
RM 20.00
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE BACAAN UMUM
PENULIS RAJA FAISAL
PENERBIT MAPLE COMICS
BIL. HALAMAN -
DEFINISI

Adaptasi novel grafik untuk INVASI.

Pelukis: Azhar Abdullah

KUALA LUMPUR diserang angkatan makhluk asing bergelar PENCEROBOH.

AHMAD BAYANI, marhaen biasa yang terperangkap dalam serangan itu.

 Bersama rakan karibnya Anwar dan seorang gadis bernama Ika, Bayani memulakan perjalanan berliku mengharungi kemusnahan dan peperangan yang sudah merebak ke serata kota.

Apakah nasib mereka? Siapa yang akan menghentikan serangan PENCEROBOH itu?

MENGENAI PENULIS

Raja Faisal anak kelahiran Selangor tetapi membesar dan mendapat pendidikan di Johor. Amat meminati apa saja yang berkaitan dengan sains dan teknologi, samada novel, komik, filem, ataupun permainan video. Karya fantasi Ahmad Patria Abdullah, Alan Moore dan Dan Abnett menjadi pilihan bacaannya.

Kini menuntut dalam jurusan perubatan, dia juga meminati penulisan sebagai hobi. Mula dengan menulis cerpen ringan di majalah tahunan sekolah rendah, dia menyambung di blog dan juga di dalam kepala sendiri. Dan pada tahun 2011, dia terpanggil untuk menulis novel dalam genre yang amat dia minati: fiksyen sains. Invasi adalah novel pertamanya, dan dia harap dapat menghasilkan lebih banyak novel dalam genre ini.

SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia