Sinopsis:
"Apa hal budak tu? Apa special sangat kerusi sebelah kau tu?" "Entah." "Kau ni artis misteri YouTube ke apa sampai orang berebut-rebut nak duduk sebelah kau?" Aku bukanlah artis YouTube, bukan juga siapa-siapa yang terkenal. Tapi, bagaikan ada magnet menarik, seorang lelaki bernama Sufi terus-terusan cuba untuk rapat dengan aku.Persoalannya, untuk apa?