NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

DENDAM ANAK JAGOAN

Sila tunggu...

Terdapat 21 pelawat sedang melihat item ini.
RM 15.00 RM 20.00
MAKLUMAT ITEM
KATEGORI BUKU
GENRE THRILLER CINTA KOMEDI AKSI FASLAFAH
PENULIS AISA LINGLUNG & NAMI COB NOBBLER
PENERBIT LEJEN PRESS
BIL. HALAMAN 227
ISBN 978-967-05911-0-0
DEFINISI

Sinopsis:

‘"Sahabat itu bukan seperti pelangi- hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul. Sahabat mematri jiwa- susah senang tetap bersama,”

Kisah dua generasi jagoan jalanan yang memotret liku-liku hidup anak kampung yang punya jiwa besar. Cerita seorang lelaki yang dipalit dugaan maha berat untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anaknya yang tercinta saat krisis ekonomi melanda pada tahun 1998. Tanggungjawab yang menggunung dipikul bagaikan terkalih sedikit bebanannya tatkala di sisnya masih punya sahabat sehidup semati, Remy yang kemudiannya membawa dia ke satu perlumbaan penting demi menyelamatkan anaknya yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Tetapi takdir menentukan dia mengalami kecelakaan yang menyebabkan Ustaz Shapirol terpaksa menjual tanahnya kepada seteru mereka, Joe Stereng. Semuanya dilakukan demi satu nyawa!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Lima belas tahun kemudian, membesar dengan kasih sayang dan didikan ibunya, anak itu meneruskan hidup dengan kekuatan dan semangat yang diwarisi daripada bapanya. Tatkala masih mencari-cari hala tuju hidup, sahabat karib bapanya, Remy merencah bakat yang dimilikinya menjadi seorang jagoan bagi menebus dendam yang sekian lama dibiar terpendam. Ini dendam seorang anak jagoan!

“Sahabat bukan sekadar soal siapa yang mampu menggembirakan, tapi siapa yang mampu bersama kamu hingga saat akhir.”- Mak Jah.

SEBARKAN
KEDAI I AM LEJEN
No. 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia