MALAYSIA- Nilai kata 'cinta' semakin susut gara-gara terlalu ramai yang gunakannya untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri.
Apatah lagi apabila definisinya diubah demi membuktikan betapa konon romantiknya manusia sejagat.
Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pengguna cinta palsu. Kerana anda pasti terluka.
Cinta sejati ibarat hantu - semua percaya kewujudannya, ramai yang mencari, tapi hanya segelintir yang terjumpa. Dan apabila sudah jumpa, sukar untuk dilupakan. Mungkin, akan kehilangan selamanya.