Buku ini umpama cebisan kisah hidup manusia yang pernah kita lihat atau mungkin pernah kita alami. Dari tawa bersama pilu, sesal di dalam rindu, jujur bermain tipu, licik bersulam dendam, juga hak bertemu batil!
Muhamad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 1985 di Batu Pahat tetapi membesar sepenuhnya di Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak zaman sekolah tetapi karyanya tak pernah tersiar di majalah sekolah. Mula merapu diSeindahDuniaKita sejak 2008 dan berkicau tak henti di Twitter (@faizalsulaiman) sehingga kini. Meminati aktres Maya Karin, melancong dan mencuba makanan baru, ketiga-tiga elemen ini terhimpun dalam SUMBAT yang juga merupakan novel pertamanya.