Sinopsis:
Inspektor Jun Kai memang tegas. Rakan sekerja sendiri pun diberi pengajaran, apatah lagi orang luar. Tak hairanlah dalam menegakkan keadilan, ramai yang jadi tak puas hati, lebih-lebih lagi apabila anak lelakinya yang selalu membuat masalah selalu diberi pengecualian.Conchita, seorang cross-dresser yang menjadi kegilaan, muncul sewaktu Jun Kai berada di ambang kematian. Bersama tiga lagi rakan mak nyah, mereka temui erti persahabatan dalam senang dan susah.Tapi semulia mana pun seorang bapuk, mesti ada yang benci. Penemuan mayat bapuk mati dibunuh dalam gulungan karpet mahal menggemparkan IPD tempat Jun Kai berpuluh tahun mencari rezeki.Siapa kata kalau berbuat baik kita tiada musuh?
Sah untuk tempahan dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2019.Semua pre order akan diposlajukan pada 2 dan 3 April 2019.