NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

PENULIS LEJEN

Nami Cob Nobbler

Merupakan antara nama besar di dalam bidang penulisan novel dan juga anak emas Lejen Press, Nami Cob Nobbler dikagumi oleh orang ramai selepas kejayaan novel pertamanya yang juga merupakan salah sebuah novel terlaris sepanjang zaman Lejen Press, Awek Chuck Taylor. Setelah Awek Chuck Taylor menggemparkan pasaran, Nami tidak pernah berpatah balik dan sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat pembaca dan peminat novel-novel tulisannya. Bau Semangat Anak Muda, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang, Bayang, Pengejar Bintang and Dendam Anak Jagoan (kolaborasi istimewa bersama Aisa Linglung) adalah buku-buku yang telah ditulis oleh Nami. Novel Enam Darjah pula dilancarkan pada April 2014 di Pesta Buku Kuala Lumpur (PBAKL).

Novel kesembilannya, Teh Tarik Gelas Besar dilancarkan pada September 2014 semasa Pesta Buku Selangor. Teh Tarik Gelas Besar merupakan antologi cerpen Nami yang pertama dan sebahagian daripada cerita di dalamnya telah diterbitkan sebelum ini dan kebanyakan daripadanya adalah daripada blog lama Nami yang juga mempunyai nama yang sama dengan tajuk bukunya. Setelah itu, pada tahun 2016, Nami sekali lagi menggemparkan dunia penulisan dengan menerbitkan novel sambungan dari Awek Chuck Taylor, Awek Chuck Taylor 1: Kapsul Masa.

Aisa Linglung

Merupakan pengurus urusan Lejen Press dan juga seorang penulis yang berbakat, Aisa Linglung cuba untuk mengubah dunia penulisan semasa beliau menerbitkan buku pertamanya secara persendirian pada tahun 2011 yang bertajuk Sperma Cinta. Menyifatkan dunia penulisan sebagai lubuk emas, Aisa Linglung kemudiannya menubuhkan Lejen Press dan sejak itu, beliau mula menulis sambungan kepada Sperma Cinta iaitu Sperma Cinta 2.0- Sengih Kerang dan juga berkolaborasi bersama Nami Cob Nobbler di dalam penulisan novel Dendam Anak Jagoan. Aisa turut menulis beberapa cerpen di dalam novel antologi cerpen seperti Pesan Lisa di dalam Ketakutan dan juga Main Gila.

Shahrul Naim

 

Menetap di Shah Alam, Selangor, Shahrul juga merupakan seorang Penolong Pengasas dan Ketua Pegawai Teknikal di Lejen Press. Seorang yang amat meminati Nescafe dan juga penyokong pasukan bola sepak Manchester United. Menerbitkan novel sulungnya, X & Y: Benih Itu Milikku pada April 2016 dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016.

A. Samad Said

 

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said merupakan seorang yang tidak asing lagi di dalam dunia penulisan. Sasterawan negara ini dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dan Institusi Victoria, Singapura, minatnya terhadap minat penulisan telah bercambah semenjak beliau berada di bangku sekolah lagi. Dua buku tulisannya telah diterbitkan semula oleh Lejen Press iaitu Salina pada Mac 2016 Dan Langit Petang pada Februari 2016.

Azwar Kamaruzaman

Merupakan antara penulis termuda Lejen Press, Azwar Kamaruzaman tidak pernah sunyi dengan tajuk bukunya yang berkontroversi. Dua buku yang ditulis olehnya, Babi dan Nasi Kangkang, mencetuskan pelbagai kritikan dan juga pujian daripada orang ramai hasil daripada pemilihan tajuk novelnya yang ekstrem. Tenang dan tidak mudah melatah, Azwar sekali lagi menerbitkan sebuah lagi bukunya, Saka yang dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014. Selain novel, beliau turut menerbitkan sebuah antologi cerpen Sepuluh Jahanam yang juga diterbitkan pada Disember 2014.

Maria Isabella

 

Maria Isabella atau nama sebenarnya Ain Mariah Fadzlin merupakan graduan Universiti Teknikal Melaka yang menuntut dalam jurusan Sains Komputer. Beliau berasal dari Kluang, Johor. Beliau mula menulis di Wattpad tentang kisah romantis dan cinta sejak tahun 2011 di dalam Bahasa Inggeris kerana baginya Bahasa Inggeris memberinya lebih kebebasan untuk berkarya. Beliau mula menulis Uqasha pada Ogos 2015 dan siap sepenuhnya pada November 2015. Pada Mac & April 2016, Uqasha: Nafsu dan Uqasha2: Rahsia diterbitkan oleh Lejen Press dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016.

Jeffrey Zain

 

Seorang penulis yang berasal dari Telok Intan, Perak yang menerbitkan antologi cerpen seramnya yang pertama bersama Lejen Press. Bukunya yang diberi judul Creepyposta itu telah diterbitkan pada Mac 2016 dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2016 juga merupakan antara buku yang paling laris semasa PBAKL 2016 dijalankan.

 

Abdullah Hussaini

Abdullah Hussaini Ghazali merupakan graduan UiTM Puncak Perdana. Askar Wataniah  di Kem Susur Tembeling, Jerantut, Pahang ini gemar menghabiskan masa lapangnya dengan menulis. Beliau menerbitkan novelnya yang pertama berjudul Menculik Sensasi pada Julai 2016.

Shield Sahran

 

Shield Sahran merupakan seorang penulis baru yang berasal dari Kuching, Sarawak yang juga merupakan seorang blogger, Themaidensgiedd. Pengumpul figura kereta, pembaca komik tegar dan penggemar filem dan buku seram ini juga selalu meluangkan masanya dengan melukis di waktu lapang. Novel pertamanya, Cincang: Dendam Terbalas diterbitkan oleh Lejen Press pada April 2016.

Aneff Bahrom

 

Muhammad Aneff Bahrom merupakan seorang penuntut di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Komunikasi Kewartawanan. Berasal dari Ayer Keroh, Melaka, Aneff mula menyedari minatnya di dalam dunia penulisan semenjak beliau menuntut di tingkatan lima. Semenjak itu, beliau bercita-cita untuk menerbitkan novelnya sendiri dan pada tahun 2016, beliau berjaya menerbitkan novelnya yang pertama berjudul Sembelih yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan menjual organ secara haram.  

 

Wan Noorliza

 

Gadis yang berasal dari Penang ini telah mula menulis sejak berumur 17 tahun. Bekerja sebagai penganalisa saham, beliau mengambil masa selama tiga minggu untuk menyiapkan novelnya yang bertajuk Ostrolia Aku Datang terbitan Lejen Press. Novel tersebut telah pun diterbitkan pada April 2016 dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016. 

Rasyidah Yusof

 

Dikenali juga sebagai Cyda Yusof, beliau kini menetap di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Perak. Bercita-cita menjadi penulis sejak kecil lagi tetapi kemudiannya menyambung pengajian di dalam bidang kejuruteraan tidak sedikit pun menghalangnya untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang penulis. Cita-citanya tercapai apabila Bunuh diterbitkan pada Februari 2015 yang juga merupakan novel kedua tulisannya. 

Faten Anuar

 

Faten Anuar Ab. Wahab, seorang anak jati Kelantan yang begitu meminati aktiviti membaca dan sangat obses dengan buku. Memilih genre magic realism, beliau menerbitkan novel pertamanya bersama Lejen Press yang berjudul Di Antara Logik pada Julai 2015. 

 

Shafiq Helmi

Mohd. Shafiq Mohd. Helmi merupakan anak jati kelahiran Shah Alam, Selangor. Bekerja sebagai seorang Jurutera Marin di Mahjung, Perak tidak pernah menghalangnya dari terus menulis. Mula menerbitkan cerpennya di dalam buku Ketakutan, Shafiq kemudiannya menerbitkan karya sulungnya yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, Hari Ini Kita Menang pada Jun 2014 dan diulang cetak pada Mac 2015 oleh Lejen Press. Merupakan seorang penyokong tegar pasukan bola sepak Kedah sejak kecil lagi, Hari Ini Kita Menang merupakan penghargaan darinya kepada semua peminat bola sepak tempatan.

Yoana Dianika

 

Yoana Dianika, merupakan antara penulis baru yang menulis Chocolate Chance di dalam Bahasa Indonesia, telah memberi kelainan kepada industri penulisan di Malaysia apabila bukunya itu diterjemahkan dan diterbitkan di Malaysia menggunakan nama baru, Coklat. Berpengalaman menulis sejak dari universiti lagi, romantik sering menjadi genre kesukaannya. Pada Februari 2016, Lejen Press sekali lagi menerbitkan novelnya yang terbaru, Kelibat Setan.

Khairul Zaman Khobin

Seorang yang berasal dari negeri Perlis yang juga merupakan seorang blogger. Menerbitkan novelnya yang pertama, Pergi Mati pada Oktober 2014 setelah enam tahun berkecimpung di dalam arena blog. Pergi Mati merupakan novelnya yang diinspirasi dari filem FearDotCom dan Saw. Sambungan kepada novel ini, Pergi Mati 2: Waris boleh dibaca di laman Wattpad.

A.B. Hashim

Angus Himself, Timid and Five Thieving Bastards merupakan tiga buah buku tulisan A.B. Hashim yang berkisar tentang karakter rekaannya, Angus Baird. A.B. Hashim menulis berkenaan kehidupan dan gaya hidup Angus secara terperinci di dalam ketiga-tiga buah bukunya itu. A.B. Hashim juga merupakan satu-satunya penulis yang menulis di dalam Bahasa Inggeris di Lejen Press.

Birsilah Bakar

Birsilah Bakar telah membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang dalam menulis sekiranya seseorang itu mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang penulisan. Kapal Angkasa Yang Terhempas Di Subang Jaya, merupakan karya tulisannya yang telah diterbitkan oleh Lejen Press sekitar bulan Mac 2014. Walaupun tajuk novel ini agak panjang, tetapi usaha Lejen Press dalam menerbitkannya ternyata berbaloi apabila ramai pembaca meminati dan membeli novel ini.

Amal Hamsan

Merupakan seorang pelajar master dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang gemar menulis cerpen dan ternyata minatnya itu memberikan tuah kepadanya. Amal Hamsan adalah antara tiga penulis yang menulis Dabel Date. Beliau juga menerbitkan antologi cerpennya sendiri, Heroin tetapi novelnya yang paling mendapat perhatian pembaca adalah Seyogia. Seyogia mula diterbitkan pada April 2013 dan diulang cetak pada November 2013 dan Mei 2014. Selain itu, Seyogia juga telah beberapa kali diadaptasi di dalam bentuk pementasan teater. Pada 2016, sebuah lagi novel tulisannya, Walang diterbitkan dan dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016.

Izwan Hafifi

Izwan Hafifi dilahirkan di Klang, Selangor tetapi menetap di Perak. Buku karyanya, Kasarnova, merupakan novel romantik/komedi yang diterapkan dengan sedikit elemen Islamik. 

 Syafie Mahyani

Penulis genre seram Syafie Mahyani yang meminati cendol ini merupakan penulis bagi novel Wanita Kimono Merah, sebuah novel yang mencetuskan fenomena hanya kerana keunikan karakter nya yang mempunyai personaliti orang Jepun. Shafie juga merupakan graduan dari UniKLdalam bidang Engineering Automation. Setahun selepas itu, pada Disember 2014, Syafie menerbitkan sebuah lagi novel yang bertajuk Mani: Wanita Kebaya Kuning.

Wan Shafiq

Selain daripada menulis, Wan Shafiq yang juga dikenali sebagai Pok Cecha bukanlah seoran yang asing di dalam dunia seni. Menulis novel seperti Aku Rindu 90's dan Gocoh hanyalah sekadar 1 cabang dalam hidupnya. Di waktu senggang, Wan Shafiq terlibat dalam pembikinan filem. Mok Tam, merupakan sebuah video yang arahannya yang disiarkan di TV9 di dalam segmen Shorties.

Sahidzan Salleh

Penulis yang serba boleh ini berasal dari Sandakan Sabah dan telah menerbitkan dua buah buku iaitu Kolonial Mimpi dan Sepuloh Nama. Beliau yang sekarang ini bekerja di dalam sektor pembinaan, mempunyai keistimewannya yang tersendiri apabila pembaca perlu berusaha lebih untuk memahamkan karya tulisannya dan pembaca akan merasa puas sebaik saja mereka dapat memahami apa yang cuba disampaikannya di dalam novel-novel tersebut. Pada November 2015, beliau sekali lagi menerbitkan novel yang berjudul Pada Waktu-waktu Yang Terhapus. Cerpen-cerpennya juga pernah diterbitkan di dalam buku Kontrol Histeria dan Main Gila oleh Lejen Press.

Ehsan El Bakri

Merupakan seorang anak jati Ipoh, beliau dilahirkan dan dibesarkan di sana. Melihat kepada buku-buku yang diterbitkan olehnya, misteri merupakan perkataan yang tepat untuk menggambarkan Ehsan El Bakri. Merupakan seorang penggemar tegar minuman kopi dan filem-filem seram.Bermula daripada Infeksi, kemudiannya Ke Psiko, Ehsan El Bakri kemudiannya menerbitkan novel terbarunya, Mampos: Mimpi Ngeri pada April 2016 dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016.

 

Mohd Jayzuan

Mohd Jazuan amat dikenali di dalam industri muzik lebih-lebih lagi oleh peminat muzik dan juga peminat gig. Beliau telah menulis dua buah novel bertajuk 28 Hari Jurnal Rock N' Roll dan Anarki Di Kuala Lumpur yang diterbitkan di bawah Lejen Press.

Fandy Taher

Berasal dari Kuala Lumpur, kehidupan sibuk di kota metropolitan bukanlah suatu yang ganjil buatnya tetapi beliau lebih memilih untuk menikmati ketenangan di luar bandar. Fandy Taher memulakan kariernya sebagai seorang penulis dengan menerbitkan bukunya yang pertama yang bertajuk Paranoid dan kemudiannya beliau menerbitkan sebuah lagi novel bertajuk Satu Gulung Negatif yang telah dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 dan juga Tiga Titik pada tahun 2015.

Resmanshah

Memulakan kariernya sebagai penulis arus perdana, Resmanshah kemudiannya menyedari kecenderungannya ke arah penulisan alternatif, beliau akhirnya beralih kepada penulisan alternatif dan menerbitkan novel yang bertajuk Lelaki dan Sebilah Pisau dan juga Langit Nan Gelap. Sehingga kini, beliau masih lagi kekal bersama penulisan alternatif.

Naufal Tarmizi

Naufal Tarmizi merupakan seorang penulis yang telah dikenali ramai sebelum beliau menyertai Lejen Press lagi. Buku pertamanya yang bertajuk Nak Kahwin Duit Tak Ada terlebih dahulu menggegarkan pasaran pada tahun 2013. Pada masa yang sama, beliau juga menulis bersama Lejen Press. Buku pertamanya terbitan Lejen Press, Skandal Libero diterbitkan pada Oktober 2013. 5 bulan selepas itu, beliau menerbitkan buku keduanya, Lolos Penjara pada Mac 2014. Kemudiannya, pada September 2014, semasa Pesta Buku Selangor, beliau melancarkan buku ketiganya yang bertajuk Dalang.

Kesungguhan dan minatnya dalam bidang penulisan dapat dilihat apabila beliau berjaya menerbitkan 3 buah buku dalam masa 11 bulan. Minat Naufal Tarmizi yang juga dikenali sebagai Nopan di kalangan rakan karibnya terhadap sukan bola sepak dapat dilihat melalui buku pertamanya, Skandal Libero yang juga bertemakan sukan bola sepak. Seterusnya, pada April 2016, beliau menerbitkan novel berjudul Rosmoh Perempuan Puaka dan pada Februari 2016, novel terbarunya, Roman Celaka diterbitkan. Selain daripada novel, Naufal turut menulis cerpen yang telah dimuatnaik di dalam antologi Lunyai dan Rasuk keluaran Lejen Press.

 

 Asmar Shah

Asmar Shah berasal dari Sandakan, Sabah tetapi menetap di Ibu Negeri Selangor, Shah Alam. Mempunyai raut muka "baby face", penulis muda yang bersikap merendah diri ini sudah begitu sebati dengan penulisan alternatif. Beliau telah menulis beberapa cerpen di dalam buku terbitan Buku Hitam Press. Beliau juga pernah menulis untuk projek The V alongside The V bersama Terfaktab Media. Beliau turut menulis cerpen yang bertajuk Ku Beri Hati Ini dan Rindu VS Benci di dalam buku Iretaliate terbitan Lejen Press.

Asmar Shah merupakan seorang penulis yang berpengalaman tetapi baginya, beliau masih mempunyai banyak perkara untuk dipelajari. Selepas 3 bulan novel pertamanya, Bolot disiapkan, Bolot diperkenalkan dan dilancarkan di Pesta Buku Selangor pada September 2014 dan Asmar Shah secara rasminya menjadi penulis di bawah Lejen Press. Asmar Shah kemudiannya berkolaborasi bersama Dalila Dahri dan Lokman Hakim menerbitkan novel yang berjudul Dua Nyawa pada Januari 2016. Pada tahun yang sama, Asmar Shah menerbitkan sebuah lagi novel terbarunya, Sial yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016. Selain itu, cerpen tulisannya turut dimuatnaik di dalam sebuah novel antologi cerpen bertajuk Cinta Hipster terbitan Lejen Press.

Ahmad Akmal Azman

Dilahirkan di Johor dan kini menetap di Bangi. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MB BCH BaO) dari National University of Ireland kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Melaka. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah tulang. Ahmad Akmal juga merupakan ahli Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Beliau bukan sahaja gemar meluangkan masa bermain FIFA dan Xbox, beliau juga mahir memasak masakan Melayu. Beliau juga bukanlah seorang yang meminati cerita yang cliche.

Buku pertamanya, Skizo diterbitkan pada Pesta Buku Selangor pada September 2014 dan ianya memakan masa 7 bulan untuk disiapkan. Pada Mac 2015, beliau menerbitkan sebuah lagi novel yang diberi judul Bayangan Clarissa yang juga dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015.

Danial Aedy

Danial Aedy, seorang anak jati Johor yang amat meminati anime dan manga. Kerana itulah, Batang Gembira, yang ditulis olehnya dikatakan mempunyai kulit buku yang paling kreatif yang pernah diterbitkan oleh Lejen Press. Sekali pandang, pembaca mungkin akan tersalah anggap Batang Gembira ini sebagai sebuah novel grafik atau buku komik. Batang Gembira telah diterbitkan di Pesta Buku Selangor sekitar September 2014. Danial Aedy kini merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Encom ((English for International Communication). Beliau amat suka mendengar muzik sambil menulis. Danial Aedy berhasrat untuk membuat adaptasi daripada karya Jepun bersama kreativiti dari Malaysia dan beliau berharap kreativiti yang didapati di sana dapat mengembangkan industri penulisan tanah air. Anime kegemarannya adalah Guilty Crown dan manga kegemarannya adalah Gantz. Selain daripada meluangkan masa membaca manga atau menonton Animax Channel, beliau turut meluangkan masa bersiar-siar bersama rakan-rakannya. Moto hidupnya adalah Anime Daisuke atauI Love Anime. 

KEDAI I AM LEJEN
No. 12-G & 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia