NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

KENALI LEJEN

Lejen Press Sdn Bhd adalah sebuah syarikat penerbitan urban alternatif di Malaysia.

Lejen Press Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan urban alternatif yang menerbitkan novel dan cerpen kesusasteraan fiksyen dan juga bukan fiksyen dalam pelbagai genre yang berlainan. Ibu pejabatnya terletak di SS15, Subang Jaya.

Syarikat ini telah berkembang secara pesat sejak 5 tahun yang lepas hasil daripada sambutan yang menggalakkan terhadap novel seperti Awek Chuck Taylor dan Sperma Cinta. Sehingga ke hari ini, Lejen Press telah menerbitkan lebih daripada 100 buah novel dan komik bagi memenuhi kehendak pembaca di Malaysia.

Misi utama Lejen Press adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada penulis baru untuk mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang penulisan dan juga menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk terus membaca.

Tarikh ditubuhkan: Julai 2011

Pengasas: Muhammad Aisamuddin Md Asri (Aisa Linglung)

Pengasas Bersama: Shahrul Naim Mohd Amin

Lokasi Ibu Pejabat: Subang Jaya

 

Sejarah Penubuhan

Lejen Press Sdn Bhd ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak Julai 2011, dan pada tahun 2015, Lejen Press dinaiktaraf kepada Lejen Press Sdn Bhd, bernombor pendaftaran 1148255M.

Ianya bermula apabila pengasasnya, Aisa Linglung menerbitkan bukunya yang pertama secara perseorangan yang diberi nama Sperma Cinta dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pembaca. Bertitik tolak daripada kejayaan Sperma Cinta tersebut, Aisa Linglung bersama sahabat baiknya, Shahrul Naim menubuhkan syarikat penerbitan yang dinamakan Lejen Press. Selepas menerbitkan buku pertamanya, Aisa Linglung bertemu dengan seorang penulis berbakat, Nami Cob Nobbler dan hasil daripada perjumpaan tersebut, maka terhasillah novel Lejen terlaris sepanjang zaman Lejen Press iaitu Awek Chuck Taylor.

Beberapa bulan selepas itu, Lejen Press menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) nya yang pertama pada tahun 2012 dengan 12 buah buku terbitan Lejen Press; Sperma Cinta, Awek Chuck Taylor, Kontrol Histeria, Hero, Heroin, Angus Himself, Sengih Kerang, Bayang, Aku Rindu 90's, Dabel Date, Kopiah dan KolaGen.

 

Carta Organisasi

**************

Nama : Muhammad Aisamuddin bin Md Asri (Aisa Linglung)

aisalinglung@lejenpress.com

 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) (Kepujiaan) (MMU)

Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan


Nama : Shahrul Naim bin Mohd Amin

shahrulnaim@lejenpress.com

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat) (Kepujiaan) (UiTM)

Jawatan: Ketua Pegawai Operasi (COO) & Ketua Pegawai Teknikal

 

Nama: Ain Mariah Fadzlin

ainmariah.lejen@gmail.com

Jawatan: Ketua Editor

*

Nama : Muhammad Hilmi bin Md Asri

hilmiasri@lejenpress.com

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran & Pengurusan Keusahawanan (UniKL)

Jawatan: Pengurus Projek (Lejen Komik)

*

Nama: Amir Hakim bin Zamzam

amirhakim@lejen.my

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan( Bahasa Melayu) (UiTM Shah Alam)

Jawatan: Pengurus Operasi & Jualan

*

Nama : Nur Afiqah binti Mohd Azam

afiqahazam@lejenpress.com

Jawatan : Eksekutif Jualan

*

Nama : Noor Azreena binti Zainodin

reena@lejen.my

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (UiTM Puncak Alam)

Jawatan : Pereka Grafik

*

Nama: Muhammad Hafiz bin Ahmad Nizar

hafiz@lejen.my

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan (Yayasan Pendidikan Cheras)

Jawatan: Esksekutif Jualan

*

  Nama : Siti Nurafiny binti Hamsani

Jawatan : Krew

 *

 Nama : Nur Aina Zahra bin Md Asri

Jawatan : Krew

 *

 Nama: Mohamad Amirul Azreel bin Rosni

Jawatan: Krew

 *

 Nama: Nur Nasution Salleh

Jawatan: Krew

 

 

Lejen Komik

Sehingga 1 Jun 2016, Lejen Komik telah menerbitkan 3 buah komik di dalam Bahasa Melayu yang diadaptasi daripada novel terbitan Lejen Press sendiri; Jusoh Turbo, Budak Lejen dan Awek Chuck Taylor.

Bertemakan urban dan santai, Lejen Komik merupakan salah satu inisiatif untuk menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur untuk mula minat membaca.

 

Lejen Stage

Selain daripada menerbitkan novel dan juga komik, Lejen Press juga menubuhkan satu sayap baru khusus untuk produksi  teater dan filem pendek yang dinamakan Lejen Stage.

Pada tahun 2014, Lejen Press berkolaborasi dengan sebuah produksi penerbitan teater untuk menjayakan pementasan teater yang diadaptasi daripada novel terlaris Lejen Press iaitu Awek Chuck Taylor di PJ Live Arts, Petaling Jaya. Sambutan yang menggalakkan telah diterima daripada peminat novel Awek Chuck Taylor dan juga peminat teater untuk pementasan tersebut. 90% tiket untuk 4 pementasan habis dijual. Satu kejayaan besar untuk Lejen yang baru pertama kali ke pentas teater!

Pada tahun 2015, Lejen Press sekali lagi berkolaborasi untuk mementaskan Teater Seyogia (yang juga adaptasi buku Lejen dan merupakan antara novel yang paling laris terbitan Lejen) di Medini Mall, Johor Bahru dan Black Box MAP, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Ia dijayakan di kedua-dua lokasi pada November dan Disember 2015.

Atas permintaan ramai dan juga kekuatan sokongan pengarah, krew produksi dan pelakon Teater Seyogia 2015, pada tahun berikutnya (2016), Teater Seyogia diterbitkan sepenuhnya oleh Lejen Stage. Dan bermula dari situ, Lejen Stage terus bergerak sebagai salah satu sayap Lejen dalam memberi nilai tambah kepada buku-buku terbitan Lejen yang telah pun berada di pasaran. 

 

I AM LEJEN Shop

I AM LEJEN SHOP adalah sebuah kedai konsep Lejen yang menjual semua novel terbitan Lejen Press dan juga cenderamata seperti T-shirt, buku nota, tote bag, penanda buku, pelekat kereta, butang lencana, mug, topi, hoodie dan banyak lagi.

Barangan dari jenama yang berlainan seperti Wadezig, Klasiko, Mypants, Canvas Print dan Koya Clothing juga turut dijual di kedai ini. Flagship store Lejen ini terletak di SS15 Subang Jaya beralamat No.12-G & 12-1, Jalan SS15/8B, 47500 Subang Jaya, Selangor. I AM LEJEN SHOP beroperasi setiap hari dari pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Pada bulan April 2016, Lejen Press telah membuka satu lagi cawangannya di Terminal Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor. Lokasinya yang strategik di Lot KG14, berdekatan dengan Balai Perlepasan Domestik dan Antarabangsa berjaya menarik lebih ramai lagi untuk mengenali jenama Lejen. Lejen Shop @ Terminal Subang Skypark ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam.

Semua buku terbitan Lejen Press bukan sahaja boleh dibeli di I AM LEJEN SHOP dan Lejen Shop @ Terminal Subang Skypark, malah ianya juga boleh dibeli secara online, melalui aplikasi Whatsapp di talian +6011 2133 4017 atau di mana-mana kedai dan toko buku terpilih di seluruh Malaysia seperti MPH, Kinokuniya, Times Bookstore, Borders, Kedai Buku 1 Malaysia, SMO, Gallery Bookstore, Badan Cemerlang, Kedai Buku Men Men, Smart Book Shop, Public Book, Kedai Buku Banggol dan lain-lain.


Kad Keahlian Lejen Press

Lejen Press menawarkan kad keahliaan Lejen Press kepada setiap pengunjung yang mengunjungi I AM LEJEN SHOP & Lejen Shop @ Terminal Subang Skypark dengan harga RM 20 dan ianya sah untuk digunakan seumur hidup.

Kad keahlian tersebut membolehkan semua ahli menikmati diskaun yang ditawarkan antara 5-20%.

 

#JelajahLejenFixi

Bagi memastikan terus maju ke hadapan, Lejen Press percaya akan perlunya untuk mendekati pembaca terlebih dahulu dan bukan sekadar menunggu pembaca untuk mengenali Lejen. Maka atas dasar itulah, #JelajahLejenFixi digerakkan.

#JelajahLejenFixi merupakan aktiviti Lejen Press bersama 'event partner' nya, Buku Fixi menjelajah ke kampus-kampus di seluruh Malaysia dengan mengadakan jualan dan promosi.

#JelajahLejenFixi bermula sejak Februari 2012 dan 2 kampus pertama yang dikunjungi oleh Lejen Press adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTEM).

#JelajahLejenFixi merupakan pendekatan yang digunakan untuk berinteraksi secara langsung dengan pembaca dan juga medium yang berpotensi menarik lebih besar lagi kelompok pembaca baru.

 

Media Sosial

Media sosial merupakan salah satu daripada medium yang digunakan oleh Lejen Press untuk tujuan publisiti dan juga promosi.

Sehingga kini, Facebook rasmi Lejen Press telah mempunyai lebih 127 ribu pengikut, 25 ribu pengikut di Twitter, 29 ribu pengikut di Instagram, manakala 700 orang ahli di Telegram dan jumlah itu semakin meningkat dari hari ke hari. Media sosial Lejen Press boleh diikuti di:

 

FACEBOOK

Lejen Press: https://www.facebook.com/lejenpress

I AM LEJEN Shop:  https://www.facebook.com/iamlejenshop

Lejen Komik:  https://www.facebook.com/lejenkomik

 

TWITTER

 Lejen Press: @LejenPress

I AM LEJEN Shop: @iamlejenshop

 

INSTAGRAM

Instagram Lejen Press, I AM LEJEN Shop & Lejen Komik: @Lejenpress dan @iamlejenshop @lejenkomik

 

TELEGRAM

Telegram Lejen Press: @lejenpress

 

KEDAI I AM LEJEN
No. 12-G & 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia