NAMA ITEM KUANTITI HARGA JUALAN
Tiada sebarang item dalam bakul pembelian anda.

HANTAR MANUSKRIP

Anda punya manuskrip yang kena dengan gaya penerbitan kami? Jangan terkebil-kebil lagi di depan monitor ini, segera hantarkan kepada kami dan barisan panel kami yang terdiri daripada 12 orang panel tetap akan membuat penilaian.

1. Penulis perlu emelkan kami sinopsis cerita beserta 3 bab pertama cadangan manuskrip novel untuk penilaian pihak Lejen Press di alamat emel manuskrip@lejenpress.com. Jumlah perkataan untuk 3 bab pertama ini adalah sekitar 5000-7000 patah perkataan.

2. Hendaklah menghantar manuskrip dalam format fail Microsoft Word:
Jenis Huruf : Times New Roman, Saiz 12 dan 1.5 Spacing

3. Sertakan nama penuh, umur, alamat emel, dan nombor telefon bagi memudahkan urusan komunikasi pihak Lejen Press dengan penulis.

4. Manuskrip hendaklah bergaya unggul, urban, berani, ekspresif, tidak kaku, luar biasa, asli dan tidak diciplak dari mana-mana karya lain.

5. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian dalam tempoh 1-3 minggu untuk 3 bab pertama yang dihantar.

6. Sekiranya diluluskan, pihak Lejen Press akan menghubungi anda untuk menghantar manuskrip penuh.

7. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian semula manuskrip penuh tersebut dan keputusan samada diterima atau ditolak atau perlukan rombakan / penambahbaikan cerita akan diberitahu dalam masa kurang sebulan.

8. Sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulan, anda dinasihatkan untuk menghantar emel susulan ke [email protected] untuk membuat semakan status manuskrip yang telah dihantar.

9. Harap maklum bahawa kami hanya menerbitkan dan menerima novel sahaja.

10. Selamat menulis dengan berani.

FAQ

1)      Adakah Lejen sedang mencari penulis baru?

Ya. Kami sangat mengalu-alukan penulis baru yang berbakat besar.

2)      Adakah Lejen menerima manuskrip untuk puisi, sajak, syair atau pantun?

Tidak. Kami hanya menerima manuskrip untuk novel.

3)      Adakah Lejen menerima manuskrip untuk cerpen?

Kami tidak menerima manuskrip cerpen. Setakat ini cerpen yang kami terbitkan adalah atas dasar jemputan untuk projek antologi cerpen Lejen untuk penulis yang sedia ada.

4)      Bagaimana untuk saya menghantar karya?

Emelkan biodata ringkas, sinopsis cerita dan 3 bab pertama ke [email protected]

5)      Bagaimana sekiranya saya sudah mempunya manuskrip yang lengkap?

Sama juga. Emelkan biodata ringkas, sinopsis cerita dan 3 bab pertama ke [email protected]

6)      Apakah syarat-syarat untuk sesebuah manuskrip itu diterbitkan?

Paling utama adalah jalan ceritanya perlu kena dengan 'house style' Lejen. Idea mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Kami sangat syorkan penulis membaca dahulu karya-karya yang telah diterbitkan untuk lebih memahami gaya penerbitan kami.

7)      Berapa lamakah tempoh Lejen untuk menilai?

Penilaian akan mengambil masa 3 minggu. Namun sekiranya lebih dari 3 minggu masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kami, anda disyorkan menghantar emel susulan untuk bertanyakan status penilaian manuskrip anda.

8) Berapa patah perkataan untuk sesebuah novel?

Antara 45 ribu - 60 ribu patah perkataan.

 

KEDAI I AM LEJEN
No. 12-G & 12-1, Jalan SS15/8B, SS15
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia